Penghantar Makanan Ini Dianiaya Hantar Roti Canai Berisi Dadah

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan wabak COVID-19, antara perkhidmatan penting yang menjadi pilihan orang ramai adalah perkhidmatan penghantaran. Namun begitu, ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar bahan terlarang tanpa memikirkan impak terhadap si penghantar.

Pada Isnin lalu, seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas mendapati bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Gombak, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit sekitar jam 7 petang.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

“Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka, dia mendapati terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah di dalam bungkusan roti canai itu,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Bimbang sesuatu berlaku ke atas dirinya, pengadu terbabit kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Kata Arifai Tarawe, siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca