Pengguna Boleh Kabur Gambar Rumah Di Google Street View Untuk Privasi

Orang ramai disaran mengaburkan atau blur gambar rumah mereka pada aplikasi Google Street View kerana berisiko mendedahkan maklumat peribadi seseorang secara online, lapor portal berita MailOnline.

Sumber: SFGate

Medium pemetaan yang boleh diakses umum itu dianggap berguna kepada penjenayah untuk merancang serangan termasuk pecah rumah dan keganasan.

Sebelum ini, aplikasi Google Street View telah mengaburi rumah Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pada tahun lepas ekoran kebimbangan mengenai pengintipan.

Sumber: The Sun

Kini, orang ramai juga boleh mengaburkan rumah mereka dengan mudah apabila melayari laman web Google Maps.

Pengguna hanya perlu mencari alamat rumah mereka dan gambar rumah akan muncul. Jika terdapat butiran yang ingin dikaburkan, pengguna diminta klik pada tiga titik kecil yang berada di penjuru kiri laman itu.

Pengguna diberi pilihan untuk report a problem yang apabila diklik, membolehkan pengguna merekod paparan jalan yang tidak sesuai.

Sumber: Mashable

Permintaan boleh dikemukakan untuk mengaburkan muka, rumah, kereta, nombor pendaftaran kenderaan atau objek yang berbeza.

Pengguna juga berpeluang untuk memberitahu Google jika terdapat sebarang masalah dengan kualiti imej.

Satu-satunya butiran yang diperlukan untuk dimasukkan tentang diri anda ialah alamat e-mel. 

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca