Pengguna Aplikasi Instagram Kini Boleh Kongsi Lebih Daripada 1 Gambar Pada Masa Sama Dalam IG Stories

Sebut sahaja Instagram, pasti semua orang tahu tentang laman sosial popular ini. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan majoriti individu di muka bumi ini mempunyai aplikasi Instagram dalam telefon pintar mereka dan menggunakannya setiap masa.

Salah satu ciri yang digunakan rata-rata pengguna dalam perkongsian harian mereka di aplikasi Instagram adalah Instagram Stories atau kita sering sebut sebagai IG Stories.

Terbaharu, Instagram kini tampil dengan ciri baharu di mana para pengguna boleh memuat naik lebih daripada satu gambar pada waktu yang sama menerusi IG Stories.

Sebelum ini, pengguna terpaksa bergantung kepada penawaran pihak ketiga atau berkongsi gambar di perkongsian yang berasingan untuk berbuat demikian. Kini, dengan ciri baharu yang dikenali sebagai Layout, pengguna boleh berkongsi sehingga enam gambar dalam satu perkongsian di IG Stories dengan begitu mudah.

Para pengguna boleh membuat gambar kolaj secara terus di IG Stories dan ini sekali gus menjadikan aplikasi itu lebih menarik.

Difahamkan, ciri baharu ini diperkenalkan secara berperingkat kepada para pengguna di seluruh dunia. Jadi, jangan lupa untuk cuba ciri ini di IG Stories anda!

Untuk baca artikel yang berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Instagram Mula Sekat Penggunaan Kata-Kata Kesat Pada Kapsyen

Paparan ‘Likes’ Di Instagram Kini Disembunyikan Di 7 Buah Negara

10 Akaun Yang Patut Anda Follow Di Instagram

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca