Sebagai manusia, kita harus mengenali sifat-sifat yang terdapat pada diri kita. Namun, ramai yang masih keliru dengan identiti diri sendiri. Tahukah anda bahawa kita boleh mengenali sifat-sifat atau identiti diri kita dan orang lain melalui warna kegemaran?

Berikut kami kongsikan sifat-sifat tertentu melalui warna kegemaran:

1. Warna merah

Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah. Warna ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian, semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda peringatan. Dalam psikologi, warna merah merupakan simbol yang menujukkan tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan.

Dominasi warna merah mampu merangsang indera seperti meningkatkan nafsu makan dan ghairah seksual. Negatifnya warna merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Penggemar warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan mudah tersinggung.

2. Warna oren

Oren juga melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat, penuh dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimisme. Kelemahan warna oren adalah suka mendesak dan tidak suka dibantah. Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat kerana mampu merangsang pandangan mata.

3. Warna kuning

Penggemar warna ini dikatakan seorang yang optimis, semangat dan ceria. Pada masa yang sama, mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan sering dikuasai ketakutan. Mereka dikatakan cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.

4. Warna hijau

Mereka yang meminati warna ini dikatakan pandai menyeimbangkan emosi ketika berada dalam situasi tertekan. Kelemahan penggemar warna ini adalah mereka terlalu mudah mempercayai dan agak kolot.

5. Warna putih

Dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja.

Penulis

  • Muhammad Aizam Azmi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

Goodminds