Pengerusi Apple, Tim Cook Ingin Memberi Sumbangan Untuk Mangsa Banjir Di Malaysia

Tim Cook menerusi ciapannya di Twitter pada hari Selasa lalu menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Malaysia.

Beliau ingin turut menyumbang untuk mangsa-mangsa banjir di Malaysia dan juga untuk mangsa Taufan Rai di Filipina.

Menerusi komen-komen di dalam ciapan beliau, terdapat komen daripada rakyat Malaysia yang menghalang daripada sumbangan tersebut disalurkan kepada kerajaan.

Ramai netizen di Twitter mahu sumbangan tersebut dihulurkan terus kepada NGO yang berkaitan. Ini berikutan kesedihan yang sangat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia sejak bermulanya banjir besar yang terburuk dalam sejarah.

Kejadian banjir yang masih berlarutan mengakibatkan sudah lebih 23 orang kematian dicatatkan di Selangor dan 11 lagi kematian di Pahang.

Semangat tolong-menolong dan gotong-royong dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri dalam usaha membantu mangsa yang terjejas seharusnya dipuji. Nilai kemanusiaan yang tinggi ini tidak mampu dijual beli oleh wang Ringgit.

Banyak sumbangan yang dihulurkan oleh rakyat kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Semua turun membantu sama ada melalui sumbangan tenaga, kepakaran dan juga wang.

Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab dalam membantu orang lain disaat orang lain kesusahan. Itulah nilai yang paling berharga yang dapat dilihat dalam suasana bencana alam ini.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca