Pengemis Ditahan Tidak Memakai Pelitup Muka, Polis Nafi Keluarkan Denda RM10,000

Tular di media sosial semalam tentang sembilan orang pengemis yang dikenakan hukuman RM10,000 atas kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut laporan media, sembilan wanita daripada komuniti masyarakat bajau laut berusia 17 hingga 41 tahun ditahan ketika melakukan aktiviti mengemis dengan tidak memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan fizikal.

Sumber: Malaysiakini

Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dilaporkan Malaysiakini, pihak polis Lahad Datu menafikan bahawa telah mengeluarkan denda RM10,000 terhadap sembilan pengemis terbabit.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad menyatakan bahawa denda tersebut hanya dikenakan terhadap warganegara Malaysia dan wanita terbabit sedang berada dalam siasatan.

“Memandangkan sembilan pengemis berstatus tanpa kerakyatan (stateless), maka kertas siasatan juga perlu dirujuk kepada Pejabat DPP untuk menerima arahan tindakan selanjutnya,” katanya.

Untuk rekod, wanita berkenaan disiasat berhubung dengan kesalahan tidak memakai pelitup muka dan berkumpul tanpa ada penjarakan fizikal.

Jika disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Sumber: Sabah Post

Beliau turut berkata bahawa kumpulan pengemis tersebut turut disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) kerana menggunakan kanak-kanak untuk mengemis.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca