Pengawal Keselamatan Pengsan Ditampar Pelanggan Ingkar SOP

Pengawal Keselamatan Pengsan Ditampar

Seorang pengawal keselamatan bagi sebuah pasaraya pengsan setelah ditampar pelanggan yang enggan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP).

Seluruh rakyat Malaysia diwajibkan melakukan saringan suhu dan imbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki suatu premis.

Namun, masih ramai yang mengingkar arahan ini yang bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan dirinya malah orang lain juga.

Sebuah video muncul dalam talian memaparkan pergelutan yang melibatkan seorang pengawal keselamatan dan seorang pelanggan Tesco di Kota Bahru pada 7 Jun lalu.

Video tersebut dirakam oleh seorang pengguna TikTok @ashhpopo yang berada di lokasi kejadian.

Rakaman berdurasi 14 saat itu bermula dengan pengawal keselamatan terbabit dibantu untuk bangun dari lantai oleh beberapa orang pekerja lain.

Dipercayai, pelanggan berkenaan dihalang dari memasuki premis selepas gagal untuk melakukan saringan suhu seperti diminta oleh pengawal keselamatan itu.

Pelanggan tersebut bertindak menamparnya sehingga pengsan selama seminit sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

“Ramai kurang ajar hari ini.” ujar pengawal keselamatan tersebut setelah dikejutkan dari pengsan oleh rakan sekerjanya. 

Pengguna TikTok yang memuat naik video itu berkata beliau pada asalnya tidak mahu merakam kejadian terbabit.

Walau bagaimanapun, beliau enggan kejadian ini dibiarkan begitu sahaja tanpa si pelaku diambil sebarang tindakan.

Empunya video tersebut turut menyatakan nombor plat kereta pelanggan terbabit bagi membantu siasatan.

Lihat video tersebut di bawah:

@ashhpopo

@tescomalaysia #fyp #kotabharu #tiktokkelantan kena tampar sebab tegur tidak scan suhu.

♬ original sound – ashhpopo – ashhpopo

Sebelum ini kami juga ada melaporkan kejadian dimana seorang anggota RELA telah dipukul dan diludah oleh pelanggan yang enggan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca