Pengawal Keselamatan Ini Maut Gara-Gara Tegur Pelanggan Tak Pakai Pelitup Muka

Seorang pengawal keselamatan maut selepas bertengkar mengenai pemakaian pelitup muka di sebuah kedai Family Dollar di bandar Flint pada Jumaat.

Tiga didakwa di mahkamah Michigan, Amerika Syarikat pada Isnin, kerana mempunyai kaitan dengan pembunuhan seorang pengawal keselamatan.

Hasil siasatan mendapati Sharmel Teague dan Munerlyn bertikam lidah selepas beliau disuruh memakai pelitup muka ketika berada di kedai berkenaan.

Pendakwa mahkamah daerah, Genesee David Leyton, berkata Ramonyea Bishop, 23, Larry Teague, 44, dan Sharmel Teague, 45, didakwa membunuh pengawal keselamatan Calvin Munerlyn, 43.

Sharmel Teague bertindak menengking Munerlyn dan pengawal keselamatan itu kemudian menyuruh wanita berkenaan meninggalkan kedai dan meminta juruwang tidak melayannya.

Sejam kemudian, Larry Teague dan Bishop datang ke kedai itu dan sekali lagi berlaku pergaduhan dan Bishop didakwa menembak belakang kepala Munerlyn. 

Beliau disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Hurley. 

Dalam satu siaran akhbar, pendakwa berkata Sharmel Teague telah ditahan dan polis masih memburu Bishop dan Larry Teague.

Michigan antara negeri paling teruk diancam wabak COVID-19 dengan hampir 45,000 kes positif dan lebih 4,000 kematian.

Penduduk negeri itu perlu memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca