Pereka fesyen, Kenzo Takada, yang juga merupakan pengasas jenama fesyen Kenzo telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 di usia 81 tahun.
Berita dukacita ini turut disahkan oleh laman rasmi Kenzo. Rata-rata individu yang mengenali Takada secara dekat turut menzahirkan rasa sedih mereka dengan berita berkenaan.
Beliau yang dikenali dengan rekaan serta penggunaan corak berwarna warni merupakan pereka fesyen pertama dari Jepun yang berjaya mendapat perhatian pentas peragaan di Paris. Pada tahun 1960-an, beliau telah berpindah ke Perancis dan seterusnya mengembangkan jenama Kenzo ke seluruh dunia.
I know Kenzo fashion work because Taeyang and GD. He was very important for them in fashion around 2014. I wish they could still on contact those past years. RIP such an amazing human and artist. pic.twitter.com/jp2MHXsD95
— YG's kids mom🇲🇽 (@winkonpink12) October 4, 2020
Artis ternama Hollywood seperti Rihanna dan juga artis K-Pop, iaitu Big Bang pernah berpeluang untuk menyarung persalinan daripada jenama Kenzo.
“Saya adalah peminat jenama ini sejak tahun 1970an lagi. Saya merasakan beliau adalah seorang pereka yang hebat dan lain daripada yang lain,” kata Sidney Toledano, CEO syarikat utama Kenzo, LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton.
Untuk rekod, Kenzo Takada dilahirkan di Himeji, Jepun pada tahun 1939. Pada tahun 1965, beliau berhijrah ke Perancis menaiki kapal dan terus menjadikan bandar Paris tempat tinggalnya.
Beliau mula menempa nama pada tahun 1970an dan melancarkan siri pakaian untuk lelaki pada tahun 1983. Pada hujung tahun 1980, beliau mula melancarkan siri pakaian yang lebih kasual iatu Kenzo Jeans dan Kenzo Jungle yang menjadi kekuatan jenama tersebut sehingga kini.
View this post on InstagramA post shared by KENZO (@kenzo) on
Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: