Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Thailand pagi tadi.

Mangsa yang berusia 39 tahun itu dipercayai maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan. Suami mangsa, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang juga menaiki kenderaan berkenaan dilaporkan cedera.

Insiden yang menimpa mereka itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa dengan lori.

Menurut adik mangsa iaitu Mohd Faizul Rohban, dia mengetahui berita sedih ini sebaik sahaja menerima panggilan daripada abang iparnya pada jam 10.30 pagi tadi.

“Kakak dan abang ipar keluar dari rumah mereka di Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 8 pagi tadi dan dalam perjalanan ke pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan,” katanya.

“Setakat ini, saya hanya dimaklumkan mereka terbabit kemalangan dengan lori dan kini jenazah kakak berada di hospital,” tambahnya lagi.

Anak mangsa, Iqbar Hakim turut memaklumkan orang ramai tentang kecelakaan yang menimpa ibunya yang tersayang itu menerusi akaun Instagramnya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry