Pengarah Squid Game Dedahkan Kepulangan Lee Jung Jae Dan Lee Byung Hun Untuk Musim Kedua

Menurut saluran media A.S. Deadline, pengarah Squid Game, Hwang Dong Hyuk, telah pun mendedahkan kepulangan pelakon Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun dalam musim kedua siri tersebut sewaktu segmen Deadline Contenders Television.

“Karakter Seong Gi Hun, yang dilakonkan oleh Lee Jung Jae memang akan kembali. Dan dengan kepulangan dia, saya percaya yang karakter Front Man, yang dilakonkan oleh Lee Byung Hun, akan ada juga.”

Sumber: Instagram Lee Jung Jae

Walaupun kepulangan Lee Jung Jae tidak berapa mengejutkan kerana episod terakhir Squid Game memang sudah hint kepada sambungan karakter tersebut, tetapi berita tentang kemunculan lagi Lee Byung Hun baru didengari bagi waktu pertama.

Sebelum ini, Hwang Dong Hyuk akan menjawab dengan gurauan apabila ditanya soalan berkenaan barisan pelakon.

“Ada kemungkinan kembar karakter Cho Sang Woo ( dimain oleh Park Hae Soo) atau adik kembar Kang Sae Byeok (dimain oleh Jung Ho Yeon) akan muncul.”

Sumber: Instagram Lee Byung Hun

Pengarah Hwang Dong Hyuk berkongsi harapannya yang projek-projek seperti Squid Game boleh mengeratkan semua orang daripada isu halangan bahasa apabila menikmati sesebuah hiburan.

Tambahnya, “Saya berharap akan ada masa depan di mana penonton-penonton dari Amerika menyaksikan sesebuah karya hiburan tanpa lakaban audio dan mejadi lebih selesa dengan hanya membaca sari kata.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca