Pengarah Filem Tersohor Mamat Khalid Meninggal Dunia

Pengarah filem terkenal Malaysia, Mamat Khalid telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam, 24 Oktober 2021.

Allahyarham merupakan pengarah kepada filem-filem lawak tersohor seperti Rock, Zombi Kampung Pisang, Estet, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit, Rock Oo, 16 Puasa dan banyak lagi.

Allahyarham yang dilaporkan rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham yang berusia 58 tahun telah meninggalkan kenangan indah menerusi filem-filem ciptaan beliau yang mempunyai mesej yang tersendiri.

Allahyarham atau nama sebenar beliau, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Filem-filem beliau akan terus mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana nilai, kritikan dan pengajaran yang mahal cuba disampaikan beliau.

Allahyarham juga merupakan adik kepada pelukis kartunis Malaysia tersohor iaitu Lat.

Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang terbaik di sisi-Nya, Al-Fatihah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca