Pengarah Filem Ini Gesa Kerajaan Untuk Benarkan Jenayah Rogol Di Sisi Undang-Undang

Seorang pengarah filem dari India mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan warganet kerana menggesa kerajaan India untuk membenarkan jenayah rogol tanpa keganasan di sisi undang-undang.

Sumber: Daily Mail

Sebagai cadangan, lelaki yang dikenali sebagai Daniel Shravan itu berkata wanita perlu membawa kondom dan memberi kerjasama kepada penyerang seksual.

Daniel meninggalkan komen tersebut di media sosialnya selepas penemuan mayat seorang doktor veterinar iaitu Priyanka Reddy dalam keadaan rentung di bawah sebuah jejantas yang terletak berdekatan Hyderabad di India.

Daily Mail melaporkan, mangsa berusia 26 tahun itu dipercayai dirogol oleh pelaku sebelum dibunuh dan dibakar. Pada hari kejadian, dipercayai bahawa Priyanka sempat memaklumkan kepada adiknya bahawa tayar skuternya telah pancit dan terdapat beberapa orang asing sedang cuba membantunya.

Sumber: Daily Mail

Menurut Daniel, “Rogol itu bukanlah suatu perkara yang serius tetapi pembunuhan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.”

“Sekiranya anda hendak dirogol, anda perlu serahkan kondom terlebih dahulu kepada perogol berkenaan dan bekerjasama dengannya sementara dia memenuhi keperluan seksualnya. Dengan cara itu, perogol itu tidak akan membahayakan anda,” katanya.

Tidak hanya itu, lelaki terbabit bertegas dengan pendiriannya iaitu kerajaan sebaliknya perlu meluluskan undang-undang untuk mengawal kematian selepas rogol.

Sumber: Daily Mail

Daniel mendakwa bahawa seorang perogol tidak akan membunuh wanita tersebut sekiranya keperluan seksual seorang lelaki itu dipenuhi. Rata-rata warganet meninggalkan komen yang mengecam hebat kenyataan pengarah filem berkenaan.

Sumber: Daily Mail

Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut untuk mengetahui kes pembunuhan Priyanka Reddy di sini.

Pada pandangan penulis, tiada apa yang boleh menghalalkan sesuatu perbuatan jenayah dan semoga keadilan buat Priyanka Reddy dan keluarga terbela dengan sewajarnya!

Artikel Lain Untuk Di Baca