Pengantin Lakukan Majlis Kahwin Di Udara Untuk Elak Sekatan COVID-19

Majlis kahwin di udara

Pasangan pengantin ini telah melakukan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara untuk mengelak sekatan COVID-19 yang dikenakan oleh kerajaan.

Memetik laporan BBC, pasangan dari Madurai, India ini telah menyewa sebuah pesawat dan mengadakan majlis tersebut bersama 160 tetamu jemputan.

Rakaman majlis perkahwinan berkenaan telah dikongsikan di akaun laman media sosial dan kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Tamil Nadu, lokasi di mana pesawat tersebut dipercayai berlepas baru sahaja memperketatkan sekatan tetamu jemputan kepada 50 orang.

Menurut Times of India, pegawai senior Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) berkata anak kapal yang bertugas telah digantung kerja.

Berikutan kejadian, jurucakap SpiceJet menyatakan pesawat Boeing 737 itu ditempah untuk membawa pasangan itu berbulan madu di Bangalore dari Madurai.

Jurucakap tersebut juga menjelaskan bahawa pasangan tersebut telah pun diberitahu mengenai SOP yang dikenakan oleh pihak syarikat penerbangan itu.

Pengantin juga telah dijelaskan mengenai larangan mengadakan sebarang aktiviti semasa  berada di dalam pesawat.  

India masih lagi dalam keadaan yang kritikal setelah dilanda gelombang kedua coronavirus dan melaporkan rekod tertinggi kes baharu hari demi hari.

India merekodkan lebih 26 juta kes dan lebih dari 303,720 kematian setakat ini, mengikut laporan Universiti Johns Hopkins

Pakar mengatakan angka sebenar mungkin lima hingga sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Bukan itu saja, keluarga yang tidak mampu menampung kos pembakaran mayat terpaksa menanam mayat di tepi sungai Ganges secara haram.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca