Gara-Gara Dikecam Oleh Warganet, Penganjur Acara Ratu Cantik Memohon Maaf

Permohonan maaf daripada penganjur Miss Crystal Angel International dibuat kepada rakyat Malaysia atas kesalahan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas tularnya sebuah video yang menunjukkan salah seorang daripada dua peserta Malaysia memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili ‘Republic of Malaysia’.

“Kami dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’.

“Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf atas kesalahfahaman yang berlaku,” kenyataan itu telah dikeluarkan pada Selasa.

Meskipun telah memohon maaf, rakyat Malaysia keseluruhannya masih berasa kesal dengan tindakan tersebut. Ramai warganet meninggalkan komen yang ‘panas’ di laman Facebook penganjur tersebut.

Rakaman video itu memperlihatkan segmen pembukaan acara yang melibatkan para peserta menggayakan persalinan tradisional potongan kebaya.

Pertandingan yang diadakan di Yagon, Myanmar pada Isnin lalu bertujuan untuk memberi tumpuan kepada wanita muda bagi memperkasakan semangat dan hak mereka dalam budaya, warisan, seni, pelancongan dan juga media sosial.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca