Pengambilan Minuman Berkafein Ketika Bersahur Perlu Dielakkan

minuman berkafein
Sumber: AIA

Mungkin ramai yang gemar mengambil minuman berkafein tanpa mengira waktu. Hal ini kerana, ia mampu memberikan tenaga untuk mengharungi hari yang panjang di tempat kerja.

Sesetengah orang tidak dapat melupakan tabiat minum kopi walaupun dalam bulan Ramadan. Minum kopi ketika waktu sahur merupakan satu amalan yang tidak baik kerana mampu mengganggu proses berpuasa.

Sebaik-baiknya, orang yang berpuasa perlu mengelakkan minum kopi ataupun minuman mempunyai kadar kafein yang tinggi seperti teh, air coklat dan juga air berkarbonat. Minuman berkafein mempunyai sifat diuretik.

Seseorang yang mengambil kafein seperti kopi ketika waktu bersahur, implikasi yang bakal dihadapinya ialah kerap membuang air kecil. Selain itu, mulut berasa kering dan lebih cepat dahaga.

Lebih banyak kopi yang diminum, semakin kuat rasa dahaga. Jadi, lebih baik mengurangkan pengambilan kopi yang berlebihan bagi mencegah ketidakstabilan disebabkan kehilangan cecair dalam tubuh.

Bagi menggantikan pengambilan kafein ketika bersahur, amalkan minum air putih yang secukupnya. Pengambilan makanan pelbagai khasiat seperti kurma, oat, timun, tembikai, anggur amat digalakkan.

Sepanjang tempoh berpuasa, bangun dan mengisi alas perut ketika sahur bukan sahaja memperoleh keberkatan malah, ia merupakan persiapan untuk memastikan tubuh sentiasa bertenaga.

Pengambilan makanan dan minuman sangat penting untuk tubuh agar dapat memberikan tenaga yang secukupnya. Sehubungan dengan itu, bukan dibazirkan begitu sahaja sehingga amalan berpuasa terjejas.

Namun begitu, mengubah amalan minum kopi bukan lah perkara yang mudah. Ia boleh menyebabkan seseorang mengalami penarikan kafein dengan gejala seperti hilang fokus, mudah berasa mengantuk, tertekan serta sakit kepala.

Jika tidak dapat menahan diri daripada berhenti mengambil kopi, maka waktu yang sesuai untuk minuman berkafein ialah satu atau dua jam selepas waktu berbuka puasa.

Perkara yang tidak elok apabila minum kopi pada pukul 8 malam ke atas. Kopi merupakan minuman berkafein mempunyai kadar yang tinggi dan boleh menyebabkan seseorang mengalami insomnia.

Sebaik-baiknya, pengambilan minuman berkafein perlu dielakkan. Terdapat alternatif lain bagi menggantikan kopi dengan mengambil teh herbal, teh rempah, chamomile dan sebagainya. Ia merupakan kopi yang mempunyai kadar kafein yang lebih rendah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca