Pengambilan Makanan Ini Boleh Memberi Kesan Pada Bau Badan Anda

Lumrah manusia adalah untuk merasa lapar dan kita memerlukan zat daripada makanan untuk kekal aktif setiap hari. Pemakanan harian banyak memberi impak kepada kita dari segi dalaman serta luaran. 

Secara langsungnya, kandungan makanan yang kita ambil akan bertindak balas dengan bahan kimia di dalam badan kita. Bergantung pada proses ini, ia kemudiannya boleh menghasilkan bau badan disebabkan reaksi kimia tersebut. 

Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan daripada mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan? Ini pengambilan makanan yang patut anda awasi.

1. Makanan Laut

Bau badan selepas memakan makanan laut ini biasanya berkaitan dengan gangguan metabolisme (metabolic disorder) dalam badan. Orang dengan trimethylaminuria (keadaan di mana badan tidak boleh menguraikan bahan kimia trimethylamine secara semula jadi) akan mengeluarkan bau yang kuat seakan ikan busuk. Bau ini akan muncul dalam beberapa jam.

sumber: The Daily Meal

2. Sayuran Cruciferous

Brokoli, kubis bunga dan kubis kerinting (kale) adalah beberapa sayuran cruciferous yang popular. Sayuran ini mengandungi serat yang tinggi, menyebabkan ia susah untuk dicerna oleh badan. Apabila serat bergerak ke usus besar kita, ia bertindak balas dengan bakteria untuk menghasilkan gas yang kita lepaskan. Ini berlaku untuk semua makanan berserat tinggi. Perbezaannya dengan sayur-sayuran cruciferous ini adalah bahawa mereka sangat tinggi kandungan zat sulfur yang kemudiannya berpecah menjadi hidrogen sulfida. Ini lah menyebabkan pengeluaran bau seperti telur busuk.

sumber: Mendocino Coast Clinics

3. Bawang dan Rempah-ratus

Paling ketara dalam proses pemakanan harian adalah semestinya penyedap selera atau masakan seperti bawang dan rempah-ratus. Bawang putih, bawang besar, atau rempah herba seperti serbuk kari dan jintan boleh menghasilkan sebatian sulfur dari badan. Ia menjadi lebih ketara pada nafas kita. Selain itu, bahan makanan ini juga bertindak balas dengan peluh pada kulit kita untuk mengeluarkan bau badan.

Adakah anda mengambil pemakanan seperti ini dalam rutin harian anda? Sebagai peringatan, bau badan adalah perkara yang normal bagi tubuh manusia, namun kita juga perlu menitikberatkan kebersihan dan penjagaan diri untuk kesenangan kita bersama.

Artikel-artikel lain yang anda mungkin minat:

Sumber: Wexner Medical Center

Artikel Lain Untuk Di Baca