Siapa pernah alami benda yang sama? Hujan turun dengan lebatnya. Lepas tu perut pun tiba-tiba sahaja rasa lapar, tetapi malas pula nak masak. Nak makan instant food pun malas. Jadi, korang buat keputusan order sahajalah fast food kerana ia lebih menyenangkan.
Namun di sebaliknya, pernah tak korang terfikir macam manalah mereka yang kerja jadi delivery boy atau penghantar makanan tu buat kerja setiap hari. Bukan apa, bagi sesetengah orang, kerja sebagai penghantar makanan ini nampak mudah. Tunggang motosikal, hantar makanan ke rumah atau premis pelanggan, dah selesai. Itulah tanggapan kebanyakan orang.
Tetapi, sebenarnya kerja sebegini juga akan berdepan dengan pelbagai risiko yang besar. Silap-silap boleh hilang nyawa di mana saban hari mereka bertemu dengan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab sehingga hampir menyebabkan kemalangan.
Di bawah merupakan luahan Mhaimin yang telah dikongsikan menerusi akaun Twitter miliknya. Beliau turut menceritakan pengalaman menjadi seorang pekerja penghantar makanan.
Kerja aku redah hujan. Hantar makanan lambat sampai kat customer kene maki. gaji potong bila lambat sbb jalan mcm cilaka. setakat basah kuyup takde hal yg penting customer dapat makanan. Kesihatan aku? nak demam, nak meletop kepala kene jugak pergi kerja. pic.twitter.com/aBHe73HbHY
— mhai.min (@mhaimin__) January 19, 2019
Mereka ini pun manusia biasa, ada rasa penat, sedih dan marah. Dahlah penat kena marah dengan customer dan manager, tetapi nak buat macam mana kalau itu sahaja cara untuk mereka cari rezeki lebih bagi menampung keluarga. Jadi, apalah salahnya kalau kita sebagai pelanggan considerate sikit dengan mereka kan.
Tetapi, tidak dinafikan juga, ada sesetengah rakyat Malaysia yang berhati mulia dengan mendoakan keselamatan semua pekerja ini. Di bawah merupakan respon warganet yang menganggap pekerjaan lelaki ini sangat mulia.
Walau tak dinilai disisi manusia.. Tapi malaikat dah catat utk dinilai disisi allah.. Moga dimurahkan rezeki Dan sentiasa dalam penjagaan Allah.. Aamiin..
— sis steady (@zati_steady) January 20, 2019
staystrong bro . actually salute dengan orang cani , moga moga rezeki dimurahkan ya !
— Ayep🥳 (@aryfhmzn_) January 20, 2019
Tambah pula, mereka juga bekerja di dalam cuaca hujan atau panas bila ada pelanggan yang membuat pesanan. Itu semua bagi memudahkan pelanggan. Jadi, korang perlulah hargai usaha mereka, usah dimarah atau dimaki hamun.
Sumber: Twitter