Pengacara TV Tertua Di Dunia, Song Hae Meninggal Dunia Pada Usia 95 Tahun

Menurut laporan polis pada 8 Jun, pengacara TV tertua di dunia iaitu Song Hae atau nama sebenarnya Song Bok Hee disahkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Mendiang dikatakan jatuh rebah di rumahnya dan dibawa ke hospital serta merta. Seperti sedia maklum, mendiang mengalami pelbagai masalah kesihatan sejak beberapa bulan lalu.

Namun sampai sahaja di sana, bekas pengacara tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sumber: Korea Joong Ang Daily

Sebelum ini, Song Hae pernah mengumumkan ingin bersara sebagai pengacara TV pada bulan Mei tahun ini.

Malah pihak produksi juga sedang berada dalam proses pembincangan untuk menetapkan tarikh persaraan tersebut.

Sumber: Soompi

Song Hae yang terkenal dengan mengacarakan program TV yang bersiaran di KBS iaitu National Singing Contest dari tahun 1988 lagi, membuatkan pemergiannya ini mengejutkan ramai pihak terutama golongan artis di sana.

Sepanjang kerjayanya sebagai pengacara TV, Song Hae menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan sehingga di peringkat antarabangsa.

Antara pencapaian terbesarnya adalah dinobatkan sebagai pengacara rancangan realiti pertandingan nyanyian yang paling tertua di dunia daripada Rekod Dunia Guinness.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan Song Hae.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca