Pengacara Fedtri Yahya Kemalangan, Rakan Artis Dan Warganet Titip Doa Agar Segera Sembuh

Sejak beberapa minggu lepas, ramai selebriti dan artis tempatan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Terkini, pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, 39, pula terlibat dalam kemalangan kecil pada malam semalam.

Menerusi laman sosialnya, isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memohon orang ramai mendoakan suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, wakil TV3 memaklumkan bahawa Fedtri mengalami kemalangan melibatkan basikal yang berlaku di tempat letak kereta Sri Pentas selepas tugasan siaran langsung program Malaysia Hari Ini pada pagi Rabu. Walau bagaimanapun, punca kemalangan masih tidak diperincikan.

Fedtri yang mengalami kecederaan di bahagian kening dan bibir telah selamat menjalani prosedur rawatan di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya.

Rakan-rakan artis lain seperti Lah Ahmad, Wany Hasrita, Heliza Helmi, Alif Satar dan Norish Karman turut memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesembuhan Fedtri.

Bagi yang tidak tahu, Fedtri Yahya merupakan seorang pengacara dan personaliti televisyen Malaysia. Antara program yang pernah dihoskan beliau ialah Khurafat, Sebalik Malam, Jejak Rasul dan banyak lagi.

Untuk baca artikel lain berkaitan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca