Peneroka Jadi Pemilik Rumah Setengah Juta Ringgit

Tiada apa yang lebih bermakna apabila berjaya mendapatkan rumah kediaman yang dihajati terutamanya apabila ia ternyata lebih baik dan bernilai daripada apa yang dijangkakan. Begitulah yang dialami oleh para peneroka Felda Revolusi Hijau II dan III sejurus menerima kunci rumah daripada pemaju hartanah Eco World Development Group Bhd. (EcoWorld).

Sumber: BebasNews

EcoWorld merupakan syarikat pemaju hartanah yang diasaskan oleh Tan Sri Abdul Rashid Manaf dengan memiliki pendapatan masa depan (unbilled sales) sebanyak RM4.42 bilion dan sering dikaitkan dengan projek pembangunan yang berkualiti tinggi.

Dipercayai rumah kediaman yang disiapkan mereka pada awal tahun ini mempunyai nilai pasaran semasa yang tinggi, berkualiti dan malahan jauh lebih cantik berbanding rumah-rumah yang pernah dibangunkan oleh para pemaju lain.

Sumber: BebasNews

Salah seorang peneroka, Umar Ali Basha, 68, berasa bersyukur kerana masih sempat berpeluang untuk menetap di rumah teres dua tingkat yang berkeluasan 1,750 kaki dengan harga nilai pasaran RM500,000 yang dinantikannya semenjak lebih dua dekad yang lalu.

Difahamkan Umar merupakan antara 337 peneroka yang menerima kunci projek perumahan di Laman Haris Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor pada 16 Februari lalu, sejurus projek diambil oleh EcoWorld yang meneruskan projek perumahan mereka yang terbengkalai hampir 20 tahun lalu.

Sumber: BebasNews

“Saya gembira apabila penantian saya akhirnya berakhir namun turut berasa sedih apabila seramai 337 peneroka telah meninggal dunia sebelum sempat melihat rumah mereka siap dibina. Saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan Negeri Selangor dan pihak pemaju, EcoWorld yang telah menyiapkan rumah kami,” jelas Umar.

Menurut Umar lagi, projek perumahan ini telah terbengkalai untuk satu tempoh yang agak lama akibat masalah dengan pemaju dan isu-isu lain. Projek ini kemudiannya telah diambil alih oleh EcoWorld pada tahun 2019.

Sumber: BebasNews

“Rumah kediaman yang dibina EcoWorld ini sangat berkualiti dan segala infrastruktur yang disediakan juga amat memuaskan,” kata C. Raman Naidu, 66, peneroka lain yang turut menyatakan kegembiraannya tinggal di kawasan perumahan ini apabila rumahnya berjaya disiapkan.

Sumber: BebasNews

Sementara itu, Hamid Johari, 76  dan rakannya, Daud Ahmad, 72 pula memaklumkan bahawa pihaknya tidak sabar untuk menunggu siapnya surau yang kini dalam pembinaan di mana EcoWorld turut menyediakan tapak untuk pembinaan masjid.

Sumber: BebasNews

“Kami sangat berpuas hati dengan projek perumahan yang dibangunkan oleh EcoWorld kerana reka bentuk dan kualiti yang tinggi,” kata pengerusi penduduk Laman Haris, Omar Ibrahim, 43.

Sumber: BebasNews

Omar merupakan waris peneroka menjelaskan bahawa kebanyakkan rumah kediaman yang diduduki oleh peneroka tidak mempunyai sebarang masalah seperti retakan pada dinding atau kemasan yang tidak memuaskan. Selain itu, para peneroka juga menerima wang tunai sebanyak RM180,000 sebagai ganti rugi pengambilan tanah milik mereka bagi tujuan pembangunan semula projek hartanah itu.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca