Seorang atlet terjun negara China, Quan Hongchan mencipta kejutan selepas berjaya mencatat dua dari lima pusingan terjunan dengan sempurna di pentas akhir acara 10m platform Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Benarlah maksud peribahasa, ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ dapat direalisasikan oleh Quan Hongchan yang hanya berusia 14 tahun mampu mendominasikan terjunan meraih emas lantaran kesungguhan berlatih sejak usia muda.
Pencapaian yang memberi kejutan kepada penerjun senior serta persembahannya yang memukau, dia berjaya merangkul pingat emas selepas mengumpul sebanyak 466.20 mata.

Dua dari lima aksi terjunan Quan Hongchan menarik 7 hakim pertandingan memberikan markah penuh bagi pusingan kedua dan keempat acara platform 10 meter di Olimpik Tokyo 2020.
Lompatan tiga setengah berpusing ke dalam, kemudian pegangan tangan ke belakang dengan setengah putaran meletakkan penerjun cilik ini pada kelasnya yang tersendiri.
Quan memperolehi markah penuh daripada pihak juri pada terjunan terakhir dengan setengah pusingan dan satu setengah punggung dalam kedudukan B, memetik laporan portal Pledge Times.

Pentas podium acara papan anjal 10 meter wanita sukan Olimpik Tokyo 2020 dilengkapkan dengan Yuxi Chen (425.50) penerjun muda dari negara China dan Melissa Wu (371.40) mewakili Australia.
Walau bagaimanapun, terdapat kisah sedih yang ramai tak tahu disebalik kejayaan yang diciptanya.
Perjuangan Quan Hongchan berada di pentas Olimpik itu, difahamkan adalah atas dorongan niat dan keazamannya mendapatkan duit kemenangan bagi tujuan digunakan untuk merawat ibunya yang sedang sakit di kampung halaman.
Quan Hongchan berasal daripada keluarga yang susah malah ibu bapanya merupakan golongan petani, menurut laporan media.

Atlet terjun China, yang berusia 14 tahun ini mendapat sambutan yang diluar jangka selepas memenangi pingat emas di Pusat Akuatik Tokyo.
Akan tetapi, pelbagai perasaan keterujaan diselindungi atas kemenangan tersebut sebaliknya menyimpan hasrat untuk mendapatkan dan menyimpan wang seberapa banyak mungkin dengan mengamalkan disiplin yang tinggi terhadap latihan dan kepatuhan terhadap jurulatihnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: