Penerima Anugerah ‘Teacher Of The Year 2018’ Terbukti Cabul Dan Buat Seks Oral Dengan Murid Sendiri

Percaya atau tidak, masih ada lagi seorang insan yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap orang lain.

Untuk makluman anda, individu yang berkelakuan jahat itu ternyata merupakan seorang guru perempuan yang didakwa melakukan seks oral dua kali terhadap murid sendiri.

Menurut laporan mStar, pelaku bernama Randi Chaverria yang berusia 36 tahun ini dilaporkan bersalah atas menyalahgunakan jawatannya sebagai seorang pendidik bersama seorang pelajar dalam kelas di Round Rock High School, Texas.

Peristiwa yang berlaku pada bulan lepas itu akhirnya diketahui oleh pengetua sekolah sejurus selepas Chaverria memilih untuk mengambil cuti pelepasan.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa enggan menjelaskan usia sebenar mangsa.

Lebih memeranjatkan adalah apabila Chaverria ternyata pernah dinobatkan anugerah Teacher of The Year pada tahun 2018.

Namun begitu, hasil perbicaraan memutuskan untuk membebaskan Chaverria dari penjara dengan bon. Tetapi tidak bagi kerjayanya sebagai warga pendidik.

Ini kerana, pihak media melaporkan bahawa wanita itu telah disingkirkan daripada tugasnya di sekolah berkenaan.

Malahan, pihak sekolah juga telah melaporkan perbuatan Chaverria ke Dewan Negeri untuk Pensijilan Pendidik bagi melucutkan lesen pendidik wanita berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca