Aktor ternama tanah air, Sabri Yunus telah menggunakan media sosial beliau untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang fungsi vaksin.
Pelakon Keluarga Bahadon itu berjaya mencuri perhatian ramai kerana memberikan penjelasan yang mudah difahami tentang vaksin dalam loghat Kelantan.
Sabri atau turut dikenali sebagai Pok Ya turut memberikan contoh situasi yang berlaku dalam video beliau untuk memudahkan pemahaman orang ramai tentang fungsi sebenar vaksin.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet memuji tindakan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu yang menggunakan pengaruhnya untuk bersama-sama menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai:
this is what influencer should’ve done in the first place. use the influencer card to educate! bukan yang tiba tiba bangga case dah nak masuk 7k. apo! https://t.co/8f66ccST4W
— helena 🇵🇸 (@athiins) May 26, 2021
Good way to make others understand why do we need vaccines #sabriyunos #goodadvice https://t.co/yTareiajgc
— JanZyH (@JanZyH1) May 26, 2021
He is so good at explaining the need of vaccine https://t.co/nD5GHu0fUv
— Dr Zamir Daud (@DrZamirDaud1) May 26, 2021
now give him 20k allowance now https://t.co/FVHnzhYb5p
— Bebigel (@afqahshrm) May 26, 2021
kemah pokya!! 😆 but true, actually this is one of the way how u need to educate accordingly. dont even think to talk about efficacy rate yada-yada but tengokla golongan mano hok kito nok educate tu. @officialmosti give him the 20k pls. thanks 😌 https://t.co/FRd6NcMs7X
— KA (@rynasyrn) May 26, 2021
Living legend educating people on vaccines https://t.co/sNmNPgazQP
— ipey (@irfan__zainudin) May 25, 2021
Bukan itu sahaja, ramai orang turut berkata selebriti dan tokoh masyarakat sewajarnya menggunakan pengaruh mereka untuk mendidik serta sekali gus mempengaruhi rakyat mengambil vaksin.

Buat anda yang masih keliru dengan fungsi sebenar vaksin, ia bukanlah ubat untuk menyembuhkan pesakit yang terkena jangkitan virus itu sebaliknya ia berfungsi sebagai pelindung supaya kita tidak dijangkiti COVID-19.
Dengan mengambil suntikan vaksin juga, ia akan mengurangkan kadar risiko yang bakal dialami oleh pesakit sekiranya dijangkiti wabak berkenaan. Adakah anda sudah ambil suntikan vaksin COVID-19? Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: