Penemuan Semula Selepas 75 Tahun, Ini Spesies Terancam Penyu Paling Kecil Di Dunia

Sejenis spesies penyu paling kecil di dunia, anak penyu Ridley Kemp ditemui buat pertama kali dalam tempoh  75 tahun di Kepulauan Chandeleur, Amerika Syarikat (AS) kelmarin. 

Pakar-pakar Pusat Perlindungan Hidupan Liar Negara Breton menemui lebih daripada 53 penyu berkenaan dan dua anak penyu hidup yang bergerak ke arah laut.

Pihak Berkuasa Perlindungan dan Pemulihan Pantai Louisiana (CPRA) itu juga menemui penyu tempayan yang terancam bersarang di kepulauan itu bersama-sama spesies Ridley Kemp.

Bulan Jun hingga Julai merupakan waktu paling sibuk untuk penyu laut bersarang dan kebanyakan telur penyu menetas dalam masa 50 hingga 60 hari.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara menjelaskan bahawa Teluk Mexico menjadi lokasi utama di mana kebanyakan penyu boleh ditemui.

Berpuluh-puluh ribu penyu bertelur di Rancho Nuevo, Teluk Mexico sekitar permulaan abad ke-20 yang menyaksikan ledakan populasi haiwan itu.

Bagaimanapun, bilangan penyu semakin berkurangan dengan ketara antara pertengahan tahun 1900-an hingga 1980-an.

Hal ini termasuk juga berkaitan dengan Penyu Ridley Kemp yang merupakan spesies terancam.

Kemusnahan habitat ini terjadi akibat beberapa faktor seperti pemangsa semula jadi yang memakan telur penyu, dilanggar oleh kapal laut, pencemaran maritim dan perubahan iklim yang mampu mengancam penyu Ridley Kemp.

Ancaman utama lain termasuk penangkapan oleh nelayan atau penuaian telur penyu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca