Penemuan Misteri Tengkorak Dan Tulang Manusia Di Matang, Kuching

Pagi semalam, hari biasa seorang penternak lembu bertukar menjadi hari yang tidak boleh dilupakan apabila beliau menemui tengkorak dan tulang manusia berselerak di dalam semak sewaktu mencari rumput.

Gambar hiasan

Ditemui di Batu 11, Jalan FAC, Matang pada pukul 10.30 pagi semalam, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, sejurus penemuan itu beberapa anggota polis termasuk Unit Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di lokasi menemukan satu tengkorak, beberapa batang gigi dan tulang manusia.”

“Turut ditemukan sehelai seluar dalam dan baju lengan pendek berwarna hitam tertera perkataan SIDMA Kolej Sarawak,” jelasnya.

Tambahan beliau, pemeriksaan lanjut di kawasan juga menemukan jean berwarna biru dan sepasang kasut sukan hitam.

“Berdasarkan pemeriksaan awal ke atas rangka manusia tersebut, ia mempunyai ciri-ciri saiz tulang dan tengkorak milik orang dewasa serta dipercayai sudah meninggal dunia lebih sebulan yang lalu,” katanya.

Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Untuk membaca artikel lain berkenaan kes penemuan misteri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca