Berikutan kisah penemuan mayat seorang wanita warga emas bersama dengan bangkai anjing peliharaannya di The Shore Residences, Singapura, Isnin lalu, surat bertarikh April 2019 ditemui.
Surat tersebut ditemukan dilekat dengan menggunakan pita selefon di pintu kondominium yang didiami mangsa.
Wanita berusia dalam lingkungan 80-an itu dikenali sebagai Lily Loh. Wanita tersebut dipercayai telah meninggal dunia dua tahun yang lalu, namun tiada siapa mengetahuinya sehinggalah mayatnya ditemui pada 23 November lalu.
Memetik laporan laman media Mothership, seorang penghuni di kondominium yang sama (The Shore Residence) telah berkongsi maklumat tambahan mengenai penemuan mayat wanita tersebut kepada pihaknya.
Berdasarkan penghuni tersebut yang tidak mahu dikenali, sekurang-kurangnya terdapat tiga pucuk surat yang dihantar ke kediaman Puan Loh. Surat tersebut termasuklah surat daripada Public Utilities Board (PUB) atau Badan Utiliti Rakyat dan pihak pengurusan kondominium.
Surat-surat tersebut terlihat terletak di atas sebuah alas kaki dihadapan pintu unit tersebut.

Dapat disimpulkan bahawa surat tersebut tidak disentuh sama sekali dalam tempoh lebih satu tahun.
Sepucuk surat berkaitan dengan urusan mahkamah bertarikh 17 April 2019 ditemui.
Dalam surat tersebut, pihak pengurusan kondominium dinamakan sebagai plaintif, manakala mendiang pula dinamakan sebagai defendan. Berdasarkan isi kandungan surat tersebut, wanita itu dipanggil untuk menghadiri satu prosiding yang melibatkan dirinya dan pihak pengurusan kondominium tersebut.
Penemuan surat ini menimbulkan tanda tanya kepada seperti, “Pihak pengurusan kondominium menghantar surat tersebut dengan melekatkannya di pintu utama pada April 2019, tetapi mengapa mereka baru terfikir untuk melaporkannya kepada pihak polis minggu ini?”
Agen Pengurusan Kondominium Memberitahu Penghuni Supaya Berdiam Diri
Agen pengurusan kondominium telah menghebahkan satu notis kepada para penghuninya berikutan dengan kematian Puan Loh yang dilaporkan oleh pihak media.
Notis tersebut menggesa agar segala persoalan daripada pihak media diberikan kepada pihak agen pengurusan dan segalanya akan dijawab oleh mereka.

Notis yang dihebahkan adalah seperti berikut,
Para Penghuni Yang Dihormati,
Berikutan sebuah artikel yang diterbitkan oleh The New Straits Times berkaitan dengan kematian seorang penghuni di unit kediamannya di The Shore Residence, pihak kami ingin memaklumkan bahawa isu ini masih lagi berada di dalam siasatan pihak polis. Sehubungan dengan itu pihak kami tidak memberi komen lebih lanjut mengenai isu ini sehingga siasatan selesai.
Kami sedang bekerjasama penuh dengan pihak-pihak berkaitan semenjak isu ini dilaporkan kepada MCST dan MA.
Kami memohon kerjasama penghuni agar menghormati privasi mendiang, dan tidak lupa juga privasi penghuni lain yang menetap di The Shore.
Kammi juga memohon kerjasama anda untuk meminta mana-mana pengamal media yang menghubungi anda untuk berurusan terus di pejabat agen pengurusan kami.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Sekian,
Agen Pengurusan
Colliers International Consultancy & Valuation (S) Pte Ltd
MCST adalah singkatan untuk Management Corporation Strata Title dan MA adalah Managing Agent.
Baca artikel berkaitan disini: