Pihak berkuasa negara China telah memerintahkan kesemua 11 juta penduduk Wuhan untuk membuat ujian saringan Covid-19 setelah kes baru telah muncul kembali di bandar ini buat pertama kalinya dalam lebih setahun.
Pada hari Selasa (3 Ogos), National Helath Commision (NHC) melaporkan lapan kes di Wuhan, bandar di mana Covid-19 pertama kali dikesan pada akhir 2019, sebelum merebak ke seluruh dunia.
Pengumuman di Wuhan dibuat ketika China melaporkan 90 kes virus baru pada hari Selasa. NHC memaklumkan 61 daripadanya disebarkan secara tempatan.
China telah berjaya mengendalikan virus tersebut di dalam wilayahnya. Namun, penyebaran baru ini, yang awalnya dikesan di kalangan pekerja di lapangan terbang Nanjing, telah mencetuskan kebimbangan.

Mereka dipercayai berkait dengan varian Delta yang semakin meningkat dan telah menjangkau lebih 20 bandar sekitar China.
Jutaan orang telah dikurung di rumah mereka sementara negara ini berusaha untuk mengatasi wabak Covid-19 terbesarnya dalam beberapa bulan dengan mass testing dan sekatan perjalanan.
Pada Januari tahun lalu, Wuhan telah menjalani penutupan dan penyekatan penuh yang lebih ketat selama 76 hari. Perkara ini kemudiannya diimplikasikan oleh negara-negara lain bagi mengatasi penularan wabak Covid-19.