Kita sering mendengar khabar angin tentang kewujudan Illuminati yakni pertubuhan rahsia yang sangat kuat dan berpengaruh. Pertubuhan ini mengawal para jutawan dunia, pemimpin politik, elit korporat dan mewujudkan satu kawalan baru terhadap dunia iaitu ‘New World Order’.
Illuminati ini mengawal dunia dengan ‘tangan ghaib’ mereka.
Illuminati dan Freemason adalah gerakan Yahudi-Freemason-Illuminati yang ingin menguasai kerajaan, sistem kewangan dan media. Pemimpin yang tidak mahu mengikut telunjuk jari mereka akan dibunuh seperti bekas presiden Amerika SyarikaT (AS), John F. Kennedy.
Unsur-unsur Dajjal juga turut diselit dalam filem dan muzik yang dihasilkan Hollywood.
Mereka yang menganggotai organisasi rahsia ini percaya kepada satu kuasa yang mereka puja yang diakui sebagai Tuhan dan mereka gelar tuhan mereka itu sebagai ‘The all seeing-eye’ atau mata yang dapat melihat segala sesuatu. Oleh itu, mereka kerap menggunakan simbol mata satu sebagai simbolik mereka.
Simbol tersebut jelas didapati tercetak di atas duit kertas Amerika Syarikat.
Gerakan Freemason sebenarnya telah terdapat di Malaysia dan diiktiraf di bawah Akta Pertubuhan 1966. Perit untuk menerima kenyataan apabila orang Islam yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar juga turut menyertai pertubuhan Dajjal ini.
Pada tahun 1997, organisasi ini mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,985 ahli.
Ketika di parlimen pada 25 Oktober 1978, isu ini dipertikaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) dan ditanyakan kepada Datuk Hussien Onn mengenai keizinan kerajaan membenarkan penempatan Freemason di Malaysia.
Datuk Hussien Onn berkata, kerajaan Malaysia hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan Freemason itu walaupun mengakui ia bercanggah dengan akidah Islam walaupun gerakan ini kini disertai dalam kalangan umat Islam yang berpengaruh dan golongan elit.

Freemason sebenarnya adalah tunjang Zionisme dan ia telah lama bertapak di Malaysia. Hakikatnya, gerakan ini membawa masyarakat ke arah kebebasan dan kehidupan anti-tuhan.
Cawangan Freemason di Malaysia beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916.
Di Malaysia terdapat 12 loji Fremason yang mana tiga di Kuala Lumpur, satu di Pulau Pinang, Kuantan, Ipoh, Port Dickson, Port Klang, Taiping, Kota Kinabalu dan dua lagi di Kuching.