Penembak Sekolah Rendah Texas Sempat Berkongsi Amaran Awal Di Facebook

Pada 24 Mei yang lalu, seorang remaja lelaki telah melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah rendah Texas Selatan menyebabkan kematian 19 orang pelajar.

Suspek Salvador Ramos yang berusia 18 tahun itu turut maut ditembak selepas menyerang anggota polis.

Gabenor Texas iaitu Greg Abbot mendedahkan pada Rabu lalu, Salvador sempat memberi amaran awal di Facebook bahawa dia akan melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah rendah yang terletak di Uvalde.

Sumber: Harian Metro

Remaja tersebut menghantar mesej rancangan jahatnya di Facebook sekitar 15 minit sebelum dia melakukan jenayah yang mengorbankan 19 pelajar dan 2 guru sekolah.

Menurut Abbot lagi, Ramos juga berkongsi tentang niatnya ingin melakukan pembunuhan terhadap neneknya.

Remaja lelaki yang bersenjata itu telah menembak muka neneknya yang berusia 66 tahun itu sebelum menuju ke sekolah rendah.

Neneknya kemudian dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Sumber: Harian Metro

Menurut pihak berkuasa Salvador Ramos merupakan seorang pelajar tercicir sekolah menengah.

Dia telah membeli dua senapang jenis AR-15 serta memiliki 375 butir peluru yang diperolehi dari kedai barangan sukan Oasis Outback di Uvalde pada bulan Mac lalu.

Motif kejadian masih tidak diketahui.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca