Penembak Masjid Christchurch Dipenjara Seumur Hidup

Brenton Tarrant, penyerang masjid New Zealand hari ini dijatuhkan hukuman penjara seumur tanpa parol, atas tindakannya membunuh 51 orang Islam pada tahun lalu.

Hakim turut menyifatkan perbuatannya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Tarrant yang berusia 29 tahun itu kini tercatat dalam sejarah New Zealand sebagai individu pertama disabit kesalahan sebagai pengganas, dan yang pertama dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol di negara itu.

Untuk rekod, pada 15 Mac 2019, New Zealand telah digemparkan dengan dua insiden tembakan besar-besaran di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch.

Menurut laporan, Tarrant tidak menunjukkan sebarang petanda ketika mula berpindah ke New Zealand dari Australia pada 2017, kerana dia tiada rekod jenayah lampau atau berada dalam senarai keselamatan.

Selepas berpindah ke Dunedin, New Zealand, dia mula mengumpul pelbagai jenis senjata dengan niat melakukan jenayah terhadap komuniti Muslim di negara itu.

Perancangan Tarrant menjadi kenyataan pada 15 Mac tahun lalu apabila Tarrant menyerang dua masjid di Christchurch, sambil menyiarkannya secara langsung.

Menurut pendakwa raya, Barnaby Hawes, Tarrant berniat mewujudkan perasaan takut terhadap individu yang didakwanya sebagai ‘penceroboh’, termasuk masyarakat Muslim atau secara amnya warga asing di Eropah.

Beberapa maklumat mula dikesan mengenai Tarrent yang tidak bergaul dengan masyarakat dan suka meluangkan masa di gimnasium selepas menjadi mangsa buli kerana berat badan berlebihan ketika remaja.

Tarrant juga didapati terkesan teruk apabila bapanya meninggal dunia akibat kanser pada 2010 pada usia 49 tahun, namun tiada yang secara jelas mengenai kebenciannya di sebalik jenayah itu.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca