Penduduk Selangor Bakal Menghadapi Gangguan Air Selama 4 Hari

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengeluarkan makluman gangguan bekalan air berjadual atas faktor kerja-kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dilaksanakan bermula pada Selasa 23 Julai sehingga 26 Julai 2019 jam 9.00 pagi.

Kerja-kerja penambahbaikan ini dilaksanakan demi meningkatkan kecekapan sistem saliran bekalan air bersih kepada para pengguna di Selangor.

Aktiviti ini akan mengganggu sistem bekalan air bersih di kawasan Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor kerana hentitugas loji tersebut yang sepenuhnya.

Sila rujuk senarai yang dinyatakan di bawah kerana tempoh masa gangguan bekalan air dan pemulihan bekalan adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis.

Pusat Khidmat Setempat (PKS) dibuka pada 25 Julai 2019 jam 8.00 pagi dan disediakan sebanyak 15 buah PKS di beberapa kawasan yang berasingan.

Penduduk dinasihati menyediakan persediaan bekalan air bersih yang mencukupi sebelum tarikh 23 Julai menjelma.

Sebarang informasi lanjut boleh rujuk laman sesawang Syraikat Bekalan Air Selangor (Syabas) atau muat turun aplikasi Air Selangor di aplikasi ‘App Store’ atau ‘Google Play’.

Artikel Lain Untuk Di Baca