Penduduk Kampung Panik Dapat Tahu Lelaki Ini Positif COVID-19 Lepas 1 Minggu Kebumi

Perasaan takut menyelubungi penduduk Kampung Malang Nengah, daerah Ciseeng, Wilayah Bogor, Indonesia apabila mengetahui jiran mereka sebenarnya meninggal dunia akibat dijangkiti virus COVID-19.

Ini kerana urusan pengebumian jenazah itu telah dilakukan dalam kalangan penduduk setempat tanpa sebarang perlindungan dan tidak mengikut prosedur yang betul melibatkan pesakit wabak itu.

Sewaktu arwah meninggal dunia pada awal April yang lalu, hasil ujian saringan masih belum diperolehi dan penduduk di Jawa Barat menyangka arwah pergi akibat penyakit jantung.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu dikatakan sering pergi membuat rawatan untuk penyakit jantung yang dihadapinya.

Kira-kira 25 penduduk kampung telah menghadiri majlis tahlil arwah selama tujuh hari.

Menurut pegawai di daerah, Heri Isnandar, penduduk tidak tahu tentang status arwah itu kerana maklumat tidak segera disampaikan kepada mereka oleh pihak kesihatan. Hanya selepas selesai majlis tahlil mereka menerima berita itu.

Untuk mengurangkan kerisauan, mereka bertindak dengan mengurungkan diri sendiri.

Tambah beliau, keputusan ujian itu hanya diperoleh pada hari Sabtu yang lalu. Sehubungan dengan itu, semua penduduk kampung yang terlibat menguruskan jenazah lelaki itu dan hadiri majlis tahlil berpotensi dijangkiti.

“Maklumat asal memang meninggal dunia akibat sakit jantung, jadi tiada persiapan untuk pengebumian sebagai pesakit COVID-19.

Bagaimanapun, sebagai pemandu Gojek, mungkin dia ke Depoj, Tangerang, Jakarta di mana wabak itu boleh berjangkit daripada penumpangnya,” katanya.

Susulan itu, seluruh ahli keluarga lelaki itu dan penduduk yang hadir majlis tahlil akan diperiksa untuk pengesahan status kesihatan mereka.

Untuk rekod, Indonesia kini mencatatkan 4,839 kes positif COVID-19 dengan 459 angka korban.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca