Penduduk Kampung Gempar Jumpa Toyol Dalam Botol

Penduduk di daerah Ciamis, Indonesia dikejutkan dengan penemuan objek misteri menyerupai toyol di dalam sebuah botol kecil.

Hal berkenaan sekali gus mencetuskan pertanyaan orang ramai mengenai status ‘toyol’ itu sama ada sudah meninggal dunia atau sebaliknya.

Beberapa penduduk di kawasan Jawa Barat itu mendakwa mereka pernah terlihat bahagian kepala ‘toyol’ berkenaan bergerak. Walau bagaimanapun, kenyataan terbabit masih tidak dapat dibuktikan.

Menurut laporan media tempatan, ‘toyol’ di dalam botol berukuran lima sehingga tujuh sentimeter dengan 1.5 sentimeter diameter itu dijumpai oleh seorang penduduk yang dikenali sebagai Ibnu Kasir di belakang rumahnya di Dusun Pahauran, Desa Sindangsari, Kecamatan Banjarsari pada Sabtu lalu.

“Makhluk berkenaan berada dalam keadaan statik. Ia kelihatan seperti bayi yang masih merah dengan wajah yang menakutkan,” ujarnya.

Meskipun kesasihan asal-usul sebenar ‘toyol’ berkenaan masih tidak dapat dipastikan, Ibnu Kasir yang bekerja sebagai seorang petani dan guru mengaji sempat berpesan kepada orang ramai yang beragama Islam untuk mempercayai hal-hal berkaitan perkara ghaib.

Untuk membaca artikel lain berkaitan dunia mistik, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca