Pendapatan Capai 12K Sebulan Hanya Dengan Jual Telur Itik

Sesungguhnya janganlah kita menilai seseorang itu melalui pekerjaan yang dilakukan. Lihat sahaja lelaki ini, walaupun hanya menjual telur itik namun pendapatannya sebulan mampu mencapai hingga 12K!

Che Hassan Che Mud, 59, berjaya membebaskan diri dan keluarga dari belengu kemiskinan dengan hanya menjual telur itik yang diusahakan sejak 2013 lalu dengan bantuan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melalui Program Azam Tani.

 

 

Menurut Che Hassan, sebelum menyertai program tersebut, pendapatan bulanannya hanya dalam RM600. Namun, berkat bantuan yang diperoleh dari pihak MARDI, dia berjaya memperoleh RM12,000 sebulan.

Ujarnya, pada peringkat awal dia hanya menternak 50 ekor itik dan memproses telur masin kepada penduduk sekitar kampung. Namun hasil bimbingan MARDI, dia telah menambah jumlah itik menjadi 100 ekor.

Kini Che Hassan memberitahu dia memiliki kira-kira 1,100 ekor itik dan empat reban yang ditempatkan berhampiran kawasan di Kampung Che Mali, Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Setiap hari, hasil telur yang dikutip sekitar 860 hingga 950 biji. Telur berkenaan kemudiannya dikumpul di bengkel untuk penyediaan telur masin. Kerja berkenaan juga turut dibantu oleh penduduk kampung yang bekerja secara tetap atau menerima upah harian.

Malah penghasilan telur masinnya juga berbeza keranamenggunakan kaedah rendam dengan garam atau dijerukkan berbanding kebanyakan telur masin yang disalut dengan tanah liat atau arang.

“Dengan menjual telur itik hasil penternakan ini, ia secara tidak langsung mengubah kehidupan kami sekeluarga, malah terkeluar daripada garis kemiskinan apabila mampu memperoleh pendapatan kasar RM12,000 sebulan.” ujarnya mengakhiri perbualan.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca