Pencuri Bawa Lari Kereta Dengan Jasad Di Dalamnya

Malang tidak berbau itu ungkapan yang sesuai untuk seorang pencuri kereta di Los Angeles apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dibawa lari olehnya di luar sebuah gereja itu sebenarnya mempunyai jenazah di dalamnya.

Kenderaan itu ditinggalkan dengan enjin yang masih hidup di luar gereja Greek Orthodox di Pasadena, timur Los Angeles sewaktu pemandunya sedang menghantar satu lagi mayat ke gereja terbabit.

Suspek itu kemudian bertindak dengan membawa lari kenderaan tersebut tanpa menyedari satu lagi mayat masih lagi berada di dalam.

Hal ini membuatkan pihak berkuasa memuat naik ciapan di laman Twitter, merayu supaya suspek sekurang-kurangnya mengembalikan mayat tersebut.

“Dalam begitu banyak kesilapan yang anda buat, sekurang-kurangnya lakukan sesuatu yang baik dengan membawa pulang kenderaan bersama keranda dan mayat,” kata mereka.

Suspek kemudian diberkas semalam, selepas pemandu lain melaporkan mengenai kedudukan kereta itu.

Polis kemudian mengejar suspek yang kemudiannya menyebabkan kereta itu terbabas dan melanggar sebuah SUV lain di lebuh raya.

Untuk membaca artikel lain yang berkenaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca