Pencetus Kluster Baharu, Jangkiti 533 Pekerja Di Kilang Ikan Ghana

Pencetus kluster baharu telah didapati pada seorang pekerja kilang memproses produk ikan di Tema, Ghana apabila ia dikesan menjangkiti 533 pekerja lain di premis tersebut.

Menurut Presiden Nana Akufo-Addo dalam perutusan beliau semalam, ia tidak dapat dijelaskan lagi bagaimana kluster itu tersebar serta sama ada langkah keselamatan telah dikuat kuasakan di situ.

“Kesemua 533 kes dijangkiti oleh hanya seorang,” kata Akufo-Addo.

Lebih membimbangkan, jumlah kes 533 positif itu sahaja merangkumi kira-kira 11.3 peratus daripada kes positif keseluruhan Ghana.

Difahamkan, beberapa kes daripada kluster itu adalah sebahagian daripada 921 kes yang aktif sejak 26 April, namun baru dilaporkan sekarang.

Setakat Ahad, jumlah kumulatif kes positif di Ghana adalah sebanyak 4,700 kes. Ia merupakan jumlah tertinggi di Afrika Barat.

Sebanyak 22 angka korban turut dicatatkan dengan 494 pesakit yang berjaya pulih.

Menurut Akufo-Addo, negara itu telah menjalankan kadar ujian saringan COVID-19 yang paling tinggi bagi setia sejuta orang berbanding negara Afrika lain.

Sebanyak 160,501 ujian telah dijalankan sejak wabak itu bermula.

“Pelaksanaan strategi kami dalam mengesan, menguji dan merawat secara agresif adalah cara paling efektif dalam memutuskan jangkitan virus ini,” ujar beliau.

Larangan ke atas perhimpunan awam dilanjutkan sehingga hujung Mei sementara sekolah dan universiti akan kekal ditutup.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca