Penceroboh Versi Baharu, Mangsa Diberi Pilihan Sama Ada Dirogol Atau ‘Main’ Dengan Anak Sendiri

Seorang lelaki dilaporkan menceroboh rumah wanita di sebuah pangsapuri Queens, New York. Pencuri berkenaan dikatakan berpura-pura dengan menyamar sebagai seorang kakitangan yang bertugas untuk membaiki bahagian atas bangunan perumahan tersebut.

Suspek bernama Joshua Henderson berusia 33 tahun itu kemudiannya memecah masuk dengan memanjat jendela rumah sekitar jam 6 petang pada 16 September 2019.

Setelah menceroboh kediaman tersebut, Joshua dikatakan telah mengikat anak mangsa yang berusia 25 tahun di suatu sudut dalam rumah tersebut.

Bukan itu sahaja, pelaku turut menegaskan bahawa dirinya datang bersama-sama dengan senjata. Hal ini telah menambahkan ketakutan dan kegerunan mangsa untuk melawan Joshua.

Lelaki berkenaan kemudiannya mencuri harta mangsa seperti barangan kemas dan sejumlah wang. Tidak cukup dengan itu, pelaku turut mengugut mangsa dengan memberinya pilihan sama ada mahu dibunuh, dirogol atau melakukan hubungan seks dengan anak mangsa sendiri.

Mangsa akhirnya terpaksa bersetuju untuk dirogol oleh pelaku sebaik sahaja anak lelaki wanita tersebut diikat di dalam sebuah bilik air.

Bagi menghalang pihak berkuasa daripada mengesan perbuatan jahatnya, Joshua menyimbah cecair sabun ke atas tubuh mangsa untuk menghilangkan kesan Asid Deoksiribonukleik (DNA).

Joshua yang mempunyai tiga orang anak juga dipercayai terlibat dengan beberapa kes perompakan dan jenayah rogol. Walau bagaimanapun, isteri kepada pelaku tidak mempercayai kesemua dakwaan tersebut, malah menjelaskan bahawa dia lebih mempercayai suaminya yang bersifat penyayang.

Susulan peristiwa yang berlaku, kes ini masih menjadi siasatan pihak berkuasa. Sekiranya Joshua terbukti bersalah, dia pastinya akan menerima balasan yang setimpal oleh pihak pengadilan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca