Berita baik buat para penulis di luar sana! Anda minat menulis? Atau anda ada idea yang menarik untuk dikongsi? Jika ya, mungkin anda yang kami cari!
Untuk pengetahuan anda, Lejen Press sedang menganjurkan pencarian penulis bagi Antologi Cerpen 2019. Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan pertandingan ini. Antaranya ialah:
- Karya tidak pernah diterbitkan dimana-mana media bercetak dan 100% hak milik penulis
- Hendaklah ditulis dalam bentuk cerpen atau artikel
- Sekitar 2500 hingga 7500 patah perkataan
- Tarikh penghantaran karya bermula 19 Oktober hingga 14 Disember 2018
- Sekiranya berminat, sila hantarkan permohonan anda kepada [email protected]
- Pihak Lejen akan membalas emel ini lengkap bersama tema penulisan, terma dan syarat serta kertas kerja yang mengandungi contoh cerpen dan artikel.
Selamat mencuba!