Pencarian Mangsa Tragedi Batang Kali Selesai, Mayat Terakhir Telah Ditemui

Pada hari kesembilan tragedi tanah runtah Batang Kali menemukan mayat mangsa ke-31 dan terakhir di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada jam 4.53 petang.

Sumber: Berita Harian

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata lokasi penemuan mayat mangsa terletak empat meter dari kawasan tebing bukit dan empat meter dari tapak perkhemahan.

“Ketika anggota SAR membuat kerja pengorekan secara manual di situ, seorang Penguasa Kanan Bomba menjumpai satu sleeping bag dan melihat ada cecair keluar dari sleeping bag berkenaan.

Sumber: BBC Portal

“Apabila diperiksa, kita jumpa mayat seorang kanak-kanak lelaki, yang kita syaki ia adalah mangsa yang dilaporkan masih hilang itu. Sleeping bag berkenaan ditemui di bawah timbunan tanah sedalam 1.5 meter,” katanya pada sidang media di lokasi, semalam.

Dalam tragedi 16 Disember itu, seramai 92 mangsa terbabit, dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban, membabitkan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak.

Sumber: Berita Harian

Sepanjang pperasi SAR bermula Jumaat lalu itu membabitkan pelbagai agensi keselamatan utama iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Turut terbabit, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), serta pelbagai lagi agensi kerajaan di peringkat negeri.

Sumber: Harian Metro

Selain itu, khidmat 11 anjing daripada Unit Anjing Pengesan (K9) milik JBPM, PDRM dan ATM serta 11 jentera jengkaut turut digunakan sepanjang sembilan hari operasi SAR, selain bantuan pengesanan menggunakan dua alat Ground Penetrating Radar (GPR).

Kami di Lejan Digital mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pencarian mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klink pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca