Penantian Maniacs Berakhir, Insomniacks Bakal Tampil Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘Kepala Batu’

Kumpulan Insomniacks yang sebelum ini terkenal dengan lagu Pulang bakal tampil dengan single terbaharu berjudul Kepala Batu. Ia diumumkan kumpulan itu sendiri menerusi laman Instagram dan Twitter rasmi mereka. Pengumuman ini sekali gus membuatkan rata-rata peminat Insomniacks yang dikenali sebagai Maniacs teruja dan tidak sabar untuk mendengar karya terbaharu idola mereka.

Namun begitu, Insomniacks yang dianggotai empat anak muda itu masih belum mengumumkan tarikh rasmi Kepala Batu akan dilancarkan kepada umum. Mereka cuma mengatakan bahawa ia akan menemui peminat tidak lama lagi.

View this post on Instagram

PRE-SAVE/PRE-ADD KEPALA BATU NOW! Link in bio. #kb

A post shared by Insomniacks (@insomniacks.my) on

Anda bagaimanapun boleh pra-simpan atau pra-tambah Kepala Batu di pelantar penstriman audio iTunes dan juga Spotify untuk menjadi antara yang terawal mendengar lagu tersebut. Mereka yang telah pra-simpan atau pra-tambah Kepala Batu juga berpeluang untuk menghadiri konsert mini Insomniacks dan mendengar Iqie, Dan, Isk dan Gav mempersembahkan single tersebut secara langsung.

Insomniacks juga ada memuat naik satu video di laman YouTube rasmi mereka di mana ia merupakan di belakang tabir pembikinan lagu Kepala Batu.

Seperti tajuk lagu tersebut, Isk atau nama sebenarnya Wan Iskandar selaku vokalis dan pemain bass kumpulan berkenaan mengatakan bahawa ia berkisar tentang individu yang merupakan seorang kepala batu dan pendiriannya sentiasa tetap terutamanya apabila ia berkait rapat dengan sesuatu perkara yang mereka suka.

Menurut vokalis utama Insomniacks iaitu Syed Mir Iqbal atau lebih dikenali sebagai Iqie, mereka mahu mengetengahkan lirik yang menunjukkan seseorang itu percaya dengan apa yang mereka lakukan selama ini.

Sama-sama kita nantikan single terbaharu Insomniacks ini!

Sebelum ini, team Lejen TV ada memuat naik video Insomniacks menyanyikan single kedua mereka yang menjadi fenomena di industri muzik tanah air iaitu Pulang sempena JOOX 2019 Triple-ACTS.

Untuk baca artikel lain berkenaan Insomniacks, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca