Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Dilanjutkan – Tan Sri Muhyiddin

Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan perutusan melalui rakaman langsung berkaitan dengan isu melibatkan COVID-19 dan inisiatif yang disediakan untuk rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa yang menarik ialah pengumuman beliau yang melibatkan tarikh bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilanjutkan dari tiga kepada enam bulan.

Beliau berkata, penangguhan itu melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta.

“Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020. Ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN,” jelasnya.

Untuk rekod, sebelum ini kerajaan bersetuju untuk menangguh bayaran balik PTPTN selama tiga bulan sejurus Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Hal ini kerana, ramai rakyat Malaysia yang terjejas pendapatan mereka dan tidak mampu melakukan pembayaran balik.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mematuhi arahan dengan duduk di rumah sepanjang PKP ini berkuat kuasa demi memudahkan usaha kerajaan dalam membendung COVID-19.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca