Baru-baru ini, tular klip video yang memaparkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun ditampar serta dipijak oleh beberapa gadis sambil ketawa beramai-ramai.
Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, dia mendakwa telah dikepung oleh 5 individu yang berusia 12 hingga 15 tahun di kawasan tangga pangsapuri, Kelana Jaya.
Menurut laporan polis, pengadu ada hubungan dengan ‘abang angkat’ menyebabkan remaja berbaju kuning dalam klip video tersebut didakwa cemburu mengenai perkara itu.

Namun begitu, melalui laman sosial Instagramnya, ‘ketua’ insiden berkenaan menafikan motif disebabkan berebut lelaki. Sebaliknya, ia berkaitan isu penyebaran fitnah daripada perselisihan faham.
Akan tetapi, remaja terbabit tetap mengaku telah memukul pengadu kerana terdorong dengan rasa marah dan geram.
Ekoran daripada kejadian itu, jumlah pengikut Instagram gadis berbaju kuning terbabit dilihat ‘mencanak naik’ melalui penangan video itu menyebabkan majoriti pelayar Twitter mengakui ianya perkara yang pelik.
Hasil tinjauan mendapati jumlah terkini adalah hampir 60 ribu followers yang mana terdahulu dia dikatakan mempunyai sekitar 6 ribu pengikut dan ia meningkat sebanyak 10 kali ganda.
Her followers went from 6K to almost 30K in a day…? Giving popularity to ppl who clearly don’t deserve it in the first place memang dah jadi budaya org Malaysia ke apa… https://t.co/nH8KRnQaZh pic.twitter.com/oj0ONYdHMS
— Irdina Hani 🇵🇸 (@irdinahanii) June 28, 2021
Rata-rata netizen berseloroh disebabkan penangan viral tersebut bahawa tidak lama lagi dia pasti akan dikejar ramai pengasas produk. Justeru itu, mereka tetap merasakan perkara itu tidak adil kerana orang yang jauh lebih berbakat akan tenggelam begitu saja.
Almost 60k dah sekarang, nanti dalam masa 5 tahun, orang lupa dah kes ni, senang lah dia nak berbisnes and buat review pastu kaya😌 the usuals. pic.twitter.com/FcRK1YEsNO
— Alcohol Free🌟🐟 (@LiyanaTorres) June 29, 2021
Tunggu je dalam masa akan datang, dia dapat paid review, jadi ambassador, dijemput masuk rancangan realiti, banyak buat duit pastu boleh jadi jutawan muda tanpa spm pastu lahirla org kaya takde otak. Muak la do
— نورحميده تي (@IamHamidah) June 28, 2021
Pelik kan, Dina hat selalu bagi tips utk remaja² kat YT ni, orang kita tak nak follow gak 🙃
— Afif Hisham 🇲🇾♥️🇵🇸 (@mafifsempoi) June 29, 2021
Patut kita bagi femes orang² yang bagi contribution dekat society, bukan jenis buat cheap marketing terus naik. Haishhhh
@saraohsara1 tinggal tukar bio “dm for paid/gift review” hahahahahah bangang² lah pi follow budak ni
— min (@itsaminafif) June 28, 2021
Best ek hidup dekat muka bumi malaysia ni. Betina gaduh sama sendiri nak berebut lelaki muka rempeyek sampai dapat followers beribu-ribu tapi sampai dekat orang yang buat arts macam melukis ke amik gambar ke susah nak dapat perhatian 😊
— AH (@eymanhaziq) June 28, 2021
Untuk baca artikel-artikel bekaitan, sila klik pada pautan di bawah: