Penangan 50 Biji Telur, Lelaki Ini Maut Selepas Bertaruh Dengan Rakannya

Seorang Lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas cuba memakan 50 biji telur di daerah Jaunpur, Uttar Pradesh, India, semalam.

Menurut polis, kejadian pada awalnya hanyalah perselisihan faham yang terjadi antara dua orang sahabat sehingga mereka tekad untuk menjalankan satu cabaran di sebuah pasar di Bibiganj, Jaunpur.

Kedua-dua rakan itu memutuskan untuk menyelesaikan hujah mereka dengan mengadakan cabaran memakan 50 biji telur dan pemenang bakal mendapat Rs2,000 (RM117) di pasar berkenaan.

Mangsa, Subash Yadav, 42, menerima taruhan itu dan berjaya menelan 41 telur sebelum tiba-tiba pengsan dan jatuh tidak sedarkan diri ketika sedang makan telur ke-42.

Subash dikejarkan ke hospital sebelum dipindahkan ke Institut Sains Perubatan Siswazah Sanjay Gandhi dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Kematian Yadav disahkan oleh doktor sebagai komplikasi dalam perut kerana terlalu banyak makan telur.

Polis berkata, keluarga mangsa bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kejadian tragis itu.

Cabaran memakan 50 biji menjadi popular sejak klip daripada filem Cool Hand Luke yang memaparkan watak Luke Jackson menjamu 50 biji telur dalam satu masa tersebar di media sosial. Watak itu dilakonkan oleh pelakon terkenal Paul Newman.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca