Penampilan Lebih Sopan Tasha Shilla Curi Perhatian Warganet

Penampilan aktres terkenal tanah air, Tasha Shilla kini dilihat lebih sopan selepas mengikat tali perkahwinan bersama Muhammad Atiq Idris pada Februari lalu.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak berkata dia sentiasa cuba untuk berubah menjadi seorang individu yang lebih baik.

“Setiap manusia sentiasa cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan saya. Suami tidak pernah meletakkan apa-apa syarat pun dalam cara saya berpakaian. Dia faham yang saya cukup matang untuk buat keputusan sendiri,” ujarnya kepada mStar.

Pelakon drama Kamar Kamariah ini mengaku kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga adalah lebih bermakna dan bahagia. Aktres ini turut berkata bahawa dia dan suaminya banyak berkongsi cerita dan banyak melakukan aktiviti bersama-sama selain daripada menjalankan tanggungjawab masing-masing.

tasha-shilla

“Sebelum mendirikan rumah tangga, saya hanya fikirkan diri sendiri dan keluarga sahaja tetapi sekarang saya juga perlu fikirkan tentang makanan dan pakaian buat suami,” jelasnya.

tasha shilla

Tasha bagaimanapun hanya berserah pada perancangan Allah SWT apabila ditanya tentang kehadiran cahaya mata.

“Saya letakkan pada perancangan Allah SWT berkenaan dengan zuriat sama seperti saya dijodohkan dengan suami. Saya percaya bahawa ini semua sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Kalau diikutkan, Insya-Allah, saya dan suami bersedia untuk menjadi ibu bapa pada masa hadapan. Saya berharap peminat dapat mendoakan kami menimang cahaya mata suatu hari nanti,” jelasnya.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca