Tersingkir Kerana Tidak Punya Rupa Seorang Penyanyi, Warganet Salah Tafsir Ciapan Adibah Noor

Episod terbaharu program hiburan I Can See Your Voice Malaysia ini menyaksikan selebriti pujaan ramai iaitu Erra Fazira memilih penyamar bersuara sumbang sebagai penyanyi duetnya.

Walau bagaimanapun, keputusan itu ternyata mengecewakan ramai penonton dan barisan juri kerana mereka memilih peserta nombor satu sebagai pilihan finalis.

Untuk dijadikan cerita, penyanyi misteri yang disingkirkan itu merupakan seorang penyanyi sebenar tetapi disingkirkan kerana mempunyai penampilan yang tidak meyakinkan.

Tidak cukup dengan itu, penyanyi Adibah Noor menerusi ciapan di laman Twitter miliknya pula menyifatkan situasi itu sebagai body shaming.

Tambahnya, program seperti ini banyak menggunakan isu body shaming kerana apa yang dinilai hanyalah penampilan dan bukannya bakat.

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini turut meminta orang ramai untuk memanggil peserta tersebut dengan nama sebenarnya iaitu Amierah Hashima Mohd Hashim dan bukannya the next Adibah Noor.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat penyanyi tersebut yang menyifatkan program seperti ini sebenarnya lebih menilai rupa berbanding bakat.

Walau bagaimanapun, ciapan penyanyi ini turut menerima reaksi berbeza daripada warganet yang menonton episod berkenaan.

Mereka menjelaskan bahawa Amierah disingkirkan bukan kerana mempunyai penampilan yang tidak kelihatan seperti penyanyi tetapi lebih kepada fakta yang tidak menyokongnya sebagai penyanyi sebenar.

Tidak kurang juga yang menganggap bahawa I Can See Your Voice Malaysia ini tidak mempunyai niat lain selain untuk menghiburkan para penonton.

Akhir kata, setiap informasi dan pergerakan diambil kira kerana tajuk program ini sendiri menilai suara berdasarkan penampilan. Adakah anda turut menganggap tindakan Erra sebagai body shaming peserta misteri tersebut?

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkenaan body shaming, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca