Penampakan UFO Ketika Latihan Ketenteraan, Tentera Laut AS Sahkan 3 Klip Video Tular Itu Tulen

Pasukan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesahkan tiga klip video yang memaparkan sebuah objek yang bergerak pantas merentasi udara itu adalah tulen.

Joseph Gradisher, jurucakap Tentera Laut AS menjelaskan bahawa ketiga-tiga video itu dirakam semasa latihan ketenteraan sedang berlangsung.

Joseph berpendapat video tersebut tidak sepatutnya disebar luas kepada orang awam berikutan ia adalah sesuatu yang sulit.

“Ketiga-tiga video ini menunjukkan ‘gangguan’ semasa latihan ketenteraan kami oleh objek terbang misteri yang tidak dikenali,” katanya.

Bagaimanapun, kandungan video terbabit tidak dijelaskan secara terperinci.

Manakala, satu lagi video menunjukkan gelagat pasukan tentera yang cuba ‘menangkap’ pergerakan objek misteri itu dengan menggunakan sistem sensor khas daripada pesawat.

Video itu juga memaparkan perbualan di antara anggota tentera yang bingung dengan penemuan objek berkenaan.

Klip-klip tersebut tular selepas disebarkan oleh To The Star Academy of Arts & Science sekitar Disember 2017 dan Mac 2018.

Video pertama dirakam pada tahun 2004 manakala dua lagi berjaya dirakam pada tahun 2015.

Pentagon iaitu Jabatan Pertahan AS setakat ini telah menyekat penyebaran video tular tersebut daripada terus tular dalam kalangan masyarakat namun klip video terbabit telah ditonton jutaan warganet.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca