Pemuda Kesal Selepas Dapat Tahu Pelakon Porno Itu Rupanya Tunang Sendiri

Tidak ada yang lebih perit melainkan mengetahui apabila tunang atau teman wanita tercinta tidak seperti yang diharapkan.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh China Press, pelajar antarabangsa dari China yang menuntut di sebuah universiti di Australia ditakdirkan untuk bertemu dan jatuh cinta dengan seorang gadis.

Mereka kemudiannya menjalinkan hubungan sebagai kekasih sehingga mengikat tali pertunangan.

Pada pengetahuan pemuda ini, kekasihnya itu sering kali menghabiskan masa di perpustakaan. Ini merupakan satu daripada sikapnya yang sangat mengutamakan pelajaran berbanding perkara lain.

Bagaimanapun, kebenaran mulai terungkap apabila adik kepada lelaki berkenaan berkunjung ke Perth sebelum berangkat pulang ke China.

Adik kepada lelaki tersebut telah menghantar surat kepada abangnya dan memberi peringatan untuk segera memutuskan hubungan dengan wanita berekenaan.

Melalui surat itu juga, lelaki berkenaan diarahkan untuk segera melayari laman web porno yang diberikan.

Sejurus dilihat satu per satu rakaman itu, alangkah terkejutnya pemuda itu setelah melihat wajah wanita yang dicintainya dalam skrin tersebut.

Ya, tunang lelaki itu sedang melaukan seks dengan lelaki lain. Ini bermakna, pelakon porno dalam web tersebut merupakan tunangnya sendiri.

Ternyata, kekasih pemuda ini bekerja sebagai wanita eskot dan memberikan perkhidmatan seksual kepada lelaki menerusi internet.

Bengang dengan penemuan ini, lelaki itu segera meminta penjelasan daripada tunangnya. Namun, jawapan wanita itu tidak seperti yang diharapkan.

Sewaktu disoal, wanita itu dengan terangnya menyatakan bahawa kerja-kerja terbabit dilakukan atas kerelaan demi memperoleh wang.

Jelas wanita itu lagi, kasut jenama Louboutin yang diberikan oleh pemuda itu memang tidak cukup baginya.

Meskipun segala perbuatan wanita itu sudah terbongkar, namun lelaki ini masih berniat baik untuk mengahwini tunangnya.

Bagaimanapun, pemuda itu tidak tergamak untuk memaklumkan kepada keluarga wanita tersebut, sebaliknya berusaha untuk berbaik semula.

Apakan daya, si gadis tetap menolak permintaan lelaki tersebut. Menurut laporan China Press, wanita tersebut telah pun memadam semua akaun media sosialnya, manakala lelaki berkenaan pula dikatakan pulang ke negara asal, China.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca