Pemuda Ini Keluarkan Cacing Pita Sepanjang 5 Meter Dari Punggung Selepas Mengadu Sakit Perut

Seorang pemuda dari Nakhon Sawan di timur laut Thailand, Duangchan Dachyoddee, 34, mengalami sakit perut lalu pergi ke tandas dan telah mengeluarkan seekor cacing pita sepanjang 5.18 meter dari punggungnya.

Duangchan menyedari cacing panjang yang berwarna kuning itu terjatuh ke dalam air ketika sedang menggunakan tandas. Kejadian yang berlaku pada 21 September tempoh hari telah mengejutkan dirinya yang juga merupakan seorang pemandu teksi.

Menurut Duangchan, ketika dia menemui cacing berkenaan, ia masih bergerak dan kelihatan seperti ‘makhluk asing’.

“Saya tidak percaya berapa lama ia berada di dalam tu. Saya terus tarik keluar dan ia masih tersekat di punggung saya.

“Bila cacing tu keluar, saya mengukurnya dan panjangnya adalah lima meter.

“Saya fikir itu adalah makhluk asing. Ia menjijikkan. Ia sudah berada lama dalam badan saya,” katanya.

Menurut Duangchan, makanan kegemarannya ialah Key Neua, iaitu salad daging lembu mentah pedas yang merupakan hidangan popular di wilayah Isan di timur laut Thailand.

Sementara itu, doktor memaklumkan Duangchan bahawa cacing itu adalah disebabkan amalannya memakan daging mentah.

Pakar perubatan mengenalinya sebagai cacing pita daging lembu atau taenia saginata.

“Perut saya terasa lebih baik sejak daripada itu . Tetapi saya masih berasa sakit seolah-olah masih ada banyak lagi cacing di dalam perut.

“Menurut doktor, ia akan mengambil masa selama beberapa hari sebelum saya kembali pulih,” katanya.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca