Pemuda Ini Hasilkan Potret Dr. Noor Hisham Menggunakan 4,219 Skru

Melukis potret menggunakan berus dan cat merupakan perkara yang sudah biasa dilihat. Namun, pernahkah anda melihat lukisan yang dilukis dengan menggunakan skru dan pemutar skru elektrik (electronic screwdriver)?

Bagi pelukis seni yang dikenali sebagai Choong Chee Leong, 33 ini, menghasilkan potret menggunakan dua alat tukang tersebut adalah sesuatu yang sudah biasa.

Baru-baru ini, Choong telah menjadi tumpuan di media sosial selepas menghasilkan karya potret unik wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Potret tersebut dihasilkan sebagai tanda penghargaan Dr. Noor Hisham dalam berjuang melawan wabak COVID-19. Proses menghasilkan potret itu sudah menerima 40,0000 tontonan sejak dimuat naik Jumaat lalu di laman Facebook Ahguu Handcraft.

Menurut pemuda kelahiran Kampar, Perak ini, dia telah melakukan pelbagai eksperimen dengan benang dan paku sejak beberapa tahun lalu dan mahu mencabar dirinya dengan menggunakan skru pula sebagai bahan seni.

Pada mulanya, Choong melukis wajah Dr. Noor Hisham pada sehelai kertas sebelum mengambil masa dua minggu bagi menyiapkan potret itu dengan menggunakan 4,219 skru secara keseluruhannya.

“Setiap satu skru perlu tepat. Ada sedikit touching up (kemasan) yang dilakukan di hujung bagi menampakkan ciri-ciri Dr. Noor Hisham namun secara umumnya skru-skru tersebut perlu berada di tempat masing-masing.

“Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain di penghujungnnya,” jelas Choong.

Bagaimanapun, menurutnya hasil yang tidak memuaskan atau tidak menyerupai individu yang ingin dilukis adalah antara perkara yang terpaksa ditempuhi apabila menghasilkan seni dengan menggunakan skru.

Choong sebelum ini turut mendapat perhatian daripada warganet apabila menghasilkan potret wira badminton Lee Chong Wei bersempena dengan pengumuman persaraan pemenang pingat perak Olimpik itu.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan lukisan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca